Istilah | Tafsiran |
---|---|
Simpan Kira | Merupakan proses perakaunan yang meliputi aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod dan melapor rekod-rekod perakaunan. |
Sistem Catatan Bergu | Merekodkan setiap urus niaga sekurang-kurangnya dalam dua akaun yang berbeza iaitu satu akaun didebitkan dan satu akaun dikreditkan dengan amaun yang sama. |
Slip Bank | Slip untuk mendepositkan tunai ataupun mengeluarkan tunai daripada bank. |
Slip Pindahan Wang | Slip untuk membuat pindahan wang kepada pihak ketiga. |
Susut Nilai | Nilai aset bukan semasa yang susut dalam tahun kewangan semasa. |
Susut Nilai Terkumpul | Jumlah susut nilai yang terkumpul sepanjang tempoh penggunaan aset. |