| Istilah |
Tafsiran |
| Pemasaan |
Ketepatan masa adalah sangat penting kerana maklumat yang disampaikan tepat pada masanya adalah lebih relevan kepada pengguna. |
| Pembayaran Tunai |
Anggaran semua pembayaran perniagaan yang dibayar secara tunai atau cek. |
| Pendapatan Hasil |
Pendapatan yang diterima daripada aktiviti biasa kelab dan persatuan. |
| Pendapatan Modal |
Pendapatan yang diterima bukan daripada aktiviti biasa kelab atau persatuan. |
| Penerimaan Tunai |
Anggaran semua penerimaan yang melibatkan wang tunai atau cek oleh perniagaan. |
| Pengauditan |
Meliputi kerja memeriksa dokumen perniagaan dan rekod kewangan untuk mengesahkan rekod maklumat perakaunan adalah betul dan tepat. |
| Pengiktirafan Belanja |
Semua belanja (prabayar / belum bayar) perlu diambil kira ketika menyediakan penyata kewangan pada akhir tempoh perakaunan. |
| Pengiktirafan Hasil |
Semua hasil (belum terperoleh / belum terima) perlu diambil kira ketika menyediakan penyata kewangan pada akhir tempoh perakaunan. |
| Penyata Akaun |
Dokumen peringatan kepada peniaga tentang jumlah baki hutang yang masih tertunggak yang perlu dijelaskan. |
| Penyata Bank |
Laporan bank mengenai permulaan pendeposit dan baki akhir tunai dan senarai perubahan untuk satu tempoh. / Senarai urus niaga untuk tempoh sebulan mengenai keluar masuk wang pelanggan di bank termasuk baki awal dan baki akhir akaun bank. |
| Penyata Penyesuian Bank |
Laporan yang menerangkan perbezaan antara baki buku tunai dan baki tunai yang dilaporkan pada penyata bank. |
| Perakaunan |
Sistem maklumat yang meliputi aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod, melapor, menganalisis, mentafsir, merancang, menilai dan merumus. |
| Perakaunan Kewangan |
Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk penyata kewangan dan digunakan oleh pengguna dalaman dan luaran untuk membuat keputusan. |
| Perakaunan Kos |
Proses penilaian dan pemprosesan data daripada aktiviti yang berlaku dalam industri bagi tujuan penentuan / pengiraan kos |
| Perakaunan Pengurusan |
Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman dan skop kerja meliputi kawalan,perancangan dan pengurusan pengeluaran. |
| Perbelanjaan Hasil |
Perbelanjaan terhadap kos-kos pengeluaran dan pentadbiran kelab dan persatuan. |
| Perbelanjaan Modal |
Perbelanjaan untuk membeli dan membina aset bukan semasa. |
| Percukaian |
Merancang hal-hal percukaian dan menyediakan penyata cukai bagi pihak syarikat. |
| Perintah Sedia Ada |
Arahan dari pemegang akaun semasa kepada pihak bank untuk membayar wang secara tetap kepada pihak tertentu. |
| Persamaan Perakaunan |
Kesaksamaan yang melibatkan aset, liabiliti dan ekuiti. |
| Peruntukan Hutang Ragu |
Satu anggaran amaun yang tidak dapat dikutip daripada akaun belum terima |
| Perwakilan Benar |
Maklumat dalam penyata kewangan mesti bebas daripada kesilapan material dan tiada unsur berat sebelah serta pelaporannya tidak mengelirukan. |
| Pindahan Kredit |
Kaedah bayaran yang mengkreditkan bayaran terus ke akaun penerima. |
| Prinsip Kos |
Semua aset perniagaan yang diperoleh hendaklah dinilai dan direkodkan dalam penyata kewangan berdasarkan harga sebenar atau kos asal pembelian, bukannya nilai pasaran semasa atau nilai masa hadapan. |
| Pulangan Belian/ Keluar |
Barangan yang telah dibeli tetapi dikembalikan kepada pembekal / penjual. |
| Pulangan Jualan/ Masuk |
Barangan yang telah dijual tetapi dikembalikan oleh pelanggan. |