Istilah | Tafsiran |
---|---|
Baki Akaun | Perbezaan antara jumlah debit dan jumlah kredit (termasuk baki awal) untuk sesuatu akaun. |
Baucar Pembayaran | Dokumen dalaman untuk menunjukkan suatu pembayaran telah dibuat dan diperakui dan ditandatangani oleh penerima. |
Baucar Tunai Runcit | Dokumen dalaman untuk membuktikan pembayaran bagi pembelanjaan kecil secara tunai telah dibuat dengan menggunakan dana tunai runcit. |
Belanja | Perbelanjaan yang dibayar dan perbelanjaan yang akan dibayar pada masa hadapan |
Belanja Belum Bayar | Belanja yang sepatutnya dibayar pada tempoh perakaunan semasa tetapi masih belum dibayar. |
Belanja Bukan Operasi | Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan. Contohnya faedah atas pinjaman bank dan rugi atas pelupusan aset. |
Belanja Operasi | Belanja yang terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan. Contohnya belanja gaji, belanja insurans dan belanja sewa. |
Belanja Prabayar/ Belanja Belum Terima | Belanja yang sepatutnya dijelaskan pada tempoh perakaunan akan datang tetapi telah dibayar pada tempoh perakaunan semasa. |
Bil Bayaran | Dokumen yang dikeluarkan oleh pembekal perkhidmatan kepada pelanggan yang mengandungi maklumat amaun yang perlu dibayar. |
Bil Tunai | Dokumen perniagaan bagi urus niaga jualan dan belian dengan menggunakan tunai atau cek. |
Buku Tunai | Buku yang merekodkan semua penerimaan dan pembayaran wang tunai dan cek. |
Buku Tunai Runcit | Buku yang merekodkan perbelanjaan harian yang melibatkan pembayaran amaun yang kecil dan tidak sesuai dibayar dengan cek. |
Buruh Langsung | Pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran. |
Buruh Tak Langsung | Pekerja yang diperlukan untuk membantu dalam pengeluaran tetapi tidak secara langsung memproses barang siap. |