Istilah | Tafsiran |
---|---|
Ikatan Perjanjian Perkongsian | Perjanjian di antara rakan kongsi yang menetapkan syarat yang adil di mana urusan perkongsian dijalankan. |
Imbangan Duga | Satu senarai baki debit dan baki kredit yang diambil daripada akaun-akaun dalam lejar pada suatu tarikh tertentu. |
Imbangan Duga Terselaras | Senarai akaun dan baki yang disediakan selepas tempoh pelarasan akhir direkodkan dan disiarkan. |
Inventori | Barang niaga yang dimiliki untuk dijual semula dan merupakan aset semasa bagi perniagaan |
Invois | Digunakan dalam urus niaga jualan atau belian secara kredit. |