n
| Istilah | Tafsiran |
|---|---|
| Nilai Sisa | Anggaran jumlah yang akan diperoleh oleh perniagaan daripada pelupusan aset tersebut |
| Nisbah Kadar Pusing Ganti Inventori | Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan menjual barang niaga yang menyebabkan modal perniagaan terikat pada inventori yang tidak dijual. |
| Nisbah Keberuntungan | Mengukur kemampuan sesebuah perniagaan dalam memperoleh keuntungan. |
| Nisbah Kecairan | Mengukur keupayaan perniagaan membuat pembayaran kepada pihak luar. |
| Nisbah Kecekapan | Mengukur kecekapan perniagaan mengurus inventori dan keupayaan perniagaan mengutip dan membayar hutang. |
| Nisbah Peratus Untung Bersih atas Jualan (Margin Untung Bersih) | Mengukur untung bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit. |
| Nisbah Peratus Untung Kasar atas Jualan (Margin Untung Kasar) | Mengukur untung kasar yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan bersih. |
| Nisbah Pulangan Atas Modal | Mengukur untung bersih bagi setiap ringgit modal yang dilaburkan. |
| Nisbah Semasa | Mengukur keupayaan perniagaan menjelaskan semua liabiliti semasa mengikut masa yang ditetapkan. |
| Nisbah Tempoh Kutipan Hutang | Mengukur keupayaan atau kecekapan perniagaan membuat kutipan hutang daripada pelanggan. |
| Nisbah Tempoh Pembayaran Hutang | Mengukur keupayaan atau kecekapan perniagaan membuat bayaran hutang kepada pembekal. |
| Nisbah Ujian Asid / Nisbah Cepat | Mengukur keupayaan perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek dengan cepat atau serta-merta. |
| Nota Debit | Digunakan untuk menambahkan amaun invois yang telah diterima sebelumnya. |
| Nota Kredit | Digunakan untuk mengurangkan amaun invois yang telah diterima sebelumnya. |
| Nota Serahan | Dokumen yang memberitahu penerima tentang serahan barangan dan selalunya disertakan sekali surat pengesahan barangan yang dipesan. |