d
| Istilah | Tafsiran |
|---|---|
| Deposit Belum Dikreditkan | Deposit yang telah dicatatkan oleh perniagaan tetapi belum direkodkan oleh bank. |
| Diskaun Belian/ Diterima | Potongan daripada hutang yang diterima daripada akaun belum bayar kerana membayar hutang mengikut syarat yang ditetapkan. |
| Diskaun Jualan/ Diberi | Potongan daripada hutang yang diberikan kepada akaun belum terima yang menjelaskan hutang mengikut syarat yang ditetapkan. |
| Diskaun Niaga | Potongan harga senarai barangan yang diberikan oleh pembekal pada masa belian dibuat. |
| Diskaun Tunai | Potongan harga daripada harga invois yang diberikan oleh pembekal. |
| Dividen | Pulangan pelaburan yang diberikan kepada pemegang saham jika syarikat dan koperasi memperoleh keuntungan |
| Dividen Akhir | Dividen yang diisytiharkan selepas keuntungan syarikat bagi tahun perakaunan berkenaan ditentukan. |
| Dividen Interim | Dividen yang diisytiharkan kepada pemegang saham sebelum keuntungan bagi tahun perakaunan ditentukan. |
| Dokumen Bukan Sumber | Dokumen perniagaan yang menjadi rujukan bagi urus niaga yang akan dan telah direkodkan. |
| Dokumen Perniagaan | Dokumen bertulis urus niaga yang digunakan sebagai alat komunikasi antara pembekal dan pembeli. |
| Dokumen Sumber | Dokumen perniagaan yang menjadi sumber maklumat bagi tujuan perekodan dalam perakaunan. |
| Duti Import | Duti yg dikenakan pada barang yang diimport. |