l
| Istilah | Tafsiran |
|---|---|
| Lebihan | Keadaan apabila pendapatan hasil melebihi perbelanjaan hasil. |
| Liabiliti | Hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan. |
| Liabiliti Bukan Semasa | Hutang yang mengambil masa melebihi satu tahun kewangan untuk menjelaskannya. |
| Liabiliti Semasa | Hutang yang mengambil masa kurang dari satu tahun kewangan untuk menjelaskannya. |
| Liabiliti Tak Terhad | Tanggungan pemilik perniagaan tidak terhad kepada modal yang dilaburkan ke dalam perniagaan dan melibatkan aset peribadi untuk menjelaskan liabiliti perniagaan. |
| Liabiliti Terhad | Tanggungan pemilik perniagaan terhad kepada modal yang dilaburkan ke dalam perniagaan sahaja dan tidak melibatkan aset peribadi bagi menjelaskan liabiliti perniagaan. |