K

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V w X Y Z
Istilah Tafsiran
Kaedah Analisis Proses menganalisis urus niaga bagi menentukan hasil dan belanja semasa menyediakan penyata kewangan
Kaedah Baki Berkurangan Susut nilai dikira berdasarkan satu kadar yang tetap ke atas nilai buku aset bukan semasa pada akhir tempoh perakaunan.
Kaedah Garis Lurus Susut nilai dikira pada kadar yang sama sehingga akhir tempoh perakaunan
Kaedah Perbandingan Membandingkan modal awal dan modal akhir bagi menentukan untung atau rugi perniagaan
Kawalan Dalaman Semua dasar dan prosedur yang digunakan untuk melindungi aset, memastikan perakaunan yang boleh dipercayai, menggalakkan operasi yang cekap dan menggesa pematuhan kepada dasar syarikat
Kawalan Tunai Kawalan dalaman yang berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian wang tunai
Kebolehbandingan Maklumat dalam penyata kewangan tahun semasa mesti boleh dibandingkan dengan maklumat kewangan yang dikemukakan bagi tempoh perakaunan yang lepas
Kebolehfahaman Maklumat mesti mudah difahami oleh pengguna penyata kewangan dan perlu dipersembahkan dengan jelas
Kebolehsahan Penyata kewangan boleh dipercayai pengguna apabila maklumat penyata kewangan disahkan
Kerelevanan Maklumat dalam penyata kewangan harus relevan dengan keperluan pengguna
Kerja Dalam Proses / Kerja Separa Siap Barang separuh siap masih dalam proses pengeluaran.
Kerja Dalam Proses Akhir Barangan yang belum siap diproses atau barang separuh siap pada akhir tempoh perakaunan dan akan disiapkan dalam tempoh perakaunan berikutnya
Kerja Dalam Proses Awal Barangan yang belum siap diproses atau barang separuh siap pada awal tempoh perakaunan dan akan disiapkan dalam tempoh perakaunan semasa
Kesilapan Amaun Berlaku apabila jumlah amaun sesuatu urus niaga direkodkan dengan amaun yang salah dalam buku catatan pertama dan dipindahkan ke dalam lejar
Kesilapan Ketara Kesilapan yang jelas dan dapat dilihat daripada jumlah imbangan duga yang tidak seimbang
Kesilapan Ketinggalan Berlaku apabila sesuatu urus niaga langsung tidak direkodkan dalam mana-mana buku perakaunan.
Kesilapan Komisen Berlaku apabila terdapat satu urus niaga direkodkan menggunakan sistem catatan bergu tetapi ke dalam akaun perorangan yang salah
Kesilapan Prinsip Berlaku apabila sesuatu urus niaga direkodkan dalam akaun yang salah tetapi mematuhi peraturan sistem catatan bergu
Kesilapan Terbalik/ Songsang Berlaku apabila akaun yang sepatutnya didebitkan telah dikreditkan dan begitulah sebaliknya
Kesilapan Tidak Ketara Kesilapan yang berlaku tetapi tidak memberi kesan terhadap keseimbangan imbangan duga
Ketekalan Memastikan wujudnya konsistensi dalam prosedur perakaunan yang digunakan oleh entiti perniagaan dari satu tempoh perakaunan ke tempoh perakaunan yang lain.
Kos Bahan Langsung Kos untuk membeli bahan langsung yang diperlukan untuk pengeluaran
Kos Barang Sedia Untuk Dijual Terdiri daripada inventori awal dan belian bersih pada sesuatu tempoh
Kos Bercampur Kos yang mempunyai kos tetap dan kos berubah
Kos Berubah Kos yang berubah mengikut perubahan dalam tahap output atau jualan.
Kos Buruh Langsung Gaji dan upah yang dibayar kepada pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran.
Kos Buruh Tak Langsung Gaji dan upah yang dibayar kepada pekerja yang terlibat secara tidak langsung dalam proses pengeluaran
Kos Jualan/Kos Barang Dijual Kos inventori yang dijual kepada pelanggan dalam sesuatu tempoh
Kos Lepas Barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barangan yang terbaik
Kos Pengeluaran Kos yang terlibat dalam proses pengeluaran / pengilangan
Kos Pengendalian Merangkumi segala perbelanjaan yang berlaku semasa mengendalikan perniagaan
Kos Penukaran Kos yang melibatkan bahan langsung dan buruh langsung
Kos Produk Kos yang melibatkan bahan langsung, buruh langsung dan overhead.
Kos Serapan Kaedah kos yang mengambil kira kos berubah dan kos tetap dalam mengira produk
Kos Tetap Kos yang tidak berubah walaupun berlaku perubahan dalam tingkat aktiviti
Kurangan Kerugian yang ditanggung apabila perbelanjaan hasil melebihi pendapatan hasil

Contact

Talk to us

Laman web ini hanya untuk penggunaan pembelajaran sahaja terutama kepada pelajar perakaunan UMT. Website ini bukan di jual atau dijadikan hak milik.

Address:

Universiti Malaysia Terengganu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Work Time:

Sunday - Thursday from 8:00 AM to 4:45 PM

Phone:

No phone number available