Istilah | Tafsiran |
---|---|
Carta Akaun | Senarai akaun yang digunakan oleh syarikat termasuk nombor pengenalan untuk setiap akaun. |
Catatan Bergu | Sistem yang merekodkan urus niaga sekurang-kurangnya dalam dua akaun yang berbeza iaitu satu akaun akan didebitkan dan satu akaun akan dikreditkan dengan amaun yang sama. |
Catatan Kontra | Catatan yang mengurangkan baki akaun yang berkaitan dengannya. |
Cek Belum Dikemukakan | Cek yang dikeluarkan oleh peniaga telah dicatat dalam Buku Tunai tetapi belum didebitkan dalam akaun peniaga oleh pihak bank. |
Cek Tak Laku / Cek Tak Layan / Cek Tendang | Cek yang didepositkan oleh pelanggan dipulangkan semula oleh pihak bank atas sebab-sebab tertentu. |