m
| Istilah | Tafsiran |
|---|---|
| Makluman Debit | Makluman bertulis daripada pihak bank yang memaklumkan bahawa akaun bank pelanggan telah dikurangkan. |
| Makluman Kredit | Makluman bertulis daripada pihak bank yang memaklumkan bahawa akaun bank telah bertambah. |
| Margin Caruman | Perbezaan antara harga jualan dengan jumlah kos berubah. |
| Margin Caruman Seunit | Perbezaan antara harga jualan seunit dengan kos berubah seunit. |
| Margin Keselamatan | Lebihan jualan sebenar/jualan jangkaan daripada jualan pada titik pulang modal. |
| Memo | Dokumen dalaman yang mengandungi maklumat urus niaga yang tiada dokumen sokongan. |
| Modal Belum Diterbitkan | Sebahagian daripada modal dibenarkan yang belum ditawarkan kepada orang ramai untuk membeli. |
| Modal Dibenarkan | Jumlah modal maksimum atau bilangan maksimum saham yang boleh diterbitkan oleh sesebuah syarikat berhad. |
| Modal Diterbitkan | Sebahagian daripada modal dibenarkan yang ditawarkan kepada orang ramai untuk membeli. |