j
| Istilah | Tafsiran |
|---|---|
| Jualan Bersih | Hasil operasi perniagaan yang terdiri daripada jualan dan pulangan jualan |
| Jurnal | Buku catatan pertama yang digunakan untuk merekodkan semua urus niaga perniagaan mengikut kronologi dan urutan tarikh. |
| Jurnal Am | Merekodkan semua urus niaga yang tidak boleh direkodkan dalam mana-mana buku catatan pertama yang lain. |
| Jurnal Belian | Merekodkan belian barang niaga dan perkhidmatan secara kredit. |
| Jurnal Jualan | Merekodkan jualan barang niaga dan perkhidmatan secara kredit. |
| Jurnal Pembayaran Tunai | Merekodkan semua pembayaran tunai dan cek |
| Jurnal Penerimaan Tunai | Merekodkan semua penerimaan tunai dan cek. |
| Jurnal Pulangan Belian | Merekodkan pulangan barang niaga kepada pembekal |
| Jurnal Pulangan Jualan | Merekodkan pulangan barang niaga kepada pembeli. |