h
| Istilah | Tafsiran |
|---|---|
| Hasil | Pendapatan perniagaan yang dijana sama ada melalui operasi perniagaan ataupun bukan operasi perniagaan dalam suatu tempoh perakaunan. |
| Hasil Belum Terima | Hasil yang sepatutnya diterima dalam tempoh perakaunan semasa tetapi masih belum terima. |
| Hasil Belum Terperoleh | Hasil yang sepatutnya diterima bagi tempoh perakaunan akan datang tetapi telah diterima dalam tempoh perakaunan semasa. |
| Hasil Bukan Operasi | Pendapatan yang dijana daripada aktiviti yang berkaitan secara tidak langsung dengan aktiviti utama. Contohnya dividen daripada pelaburan dan keuntungan jualan aset bukan semasa. |
| Hasil Dividen | Jumlah dividen tunai tahunan yang diagihkan kepada pemegang saham biasa berdasarkan nilai pasaran saham biasa |
| Hasil Operasi | Pendapatan yang dijana daripada aktiviti harian perniagaan. Contohnya komisen diterima dan dividen diterima. |
| Hutang Lapuk | Hutang yang tidak dapat dikutip daripada Akaun Belum Terima. |
| Hutang Lapuk Terpulih | Hutang yang pada awalnya telah dihapus kira dan direkodkan sebagai hutang lapuk tetapi dapat dijelaskan oleh Akaun Belum Terima. |